Takut bini.

Advertisements

As Salam

Assalamualaikum semoga Allah merahmati.dan meredhai semua.Diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagian dunia akhirat dijauhkan.azab nerakaNya

💚Tidak ada apa-apa yang perlu dibuktikan kepada manusia.

💙Tidak perlu buktikan bahawa diri kita ini seorang
manusia yang baik budinya.

💛Tidak perlu buktikan bahawa diri kita ini seorang
manusia yang pintar akalnya.

💜Tidak perlu buktikan bahawa diri kita ini seorang
manusia yang bijak bicaranya.

💖Tidak perlu buktikan bahawa diri kita ini seorang
manusia yang banyak kuasanya.

💜Tidak perlu buktikan bahawa diri kita ini seorang
manusia yang banyak kuasanya.

💙Tidak perlu buktikan bahawa diri kita ini seorang
manusia yang tinggi ilmunya.

*Tidak perlu, andai tujuannya hanya untuk mendamba pandangan manusia*.

Untuk menjadi baik.
Untuk menjadi cerdas.
Untuk menjadi yang memegang kuasa.
Untuk menjadi yang petah lontaran kata.
Untuk menjadi yang berilmu.
Untuk menjadi manusia yang banyak kelebihannya.

_Persembahkan segala tujuan hati dan kehidupan hanya kerana Allah,_ _kerana manusia tidak ada apa-apa dan bukan siapa-siapa._

_Allah jua Pencipta bagi segalanya._💚

Musibah

Assalamualaikum semoga Allah mengurniakan kasih sayang rahmat dan redhaNya

Musibah terbesar dalam hidup ini bukan sakit, miskin, dihina, gagal…tetapi apabila hati melupakan Allah.

Lupa Allah itu akan menghilangkan ketenangan. Apabila hilang ketenangan, segalanya tidak akan berguna lagi…walaupun kita sehat, kaya, disanjung dan berjaya.

Ingatlah Allah. Ingatlah Allah banyak-banyak. InsyaAllah, apa sahaja yang kita miliki dan alami akan membawa bahagia!

Ingat Allah itu mudah tapi payah apabila kita lemah bermujahadah dan tidak mendapat taufik serta hidayah dari Allah.

Maka…berdoalah minta diberi hidayah dan taufik untuk mengingatiNya:

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

[Ya Allah, tolonglah aku agar selalu berdzikir/mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].” (HR. Abu Daud dan Ahmad, shahih)

(Pahrol Mohamad Juoi)💚

Milik.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

#MengenalDiri#

“Jika kita bersedekah, bermaksud kita ada duit.
Jika kita beri makanan kepada
orang, bermaksud kita memiliki
makanan.

*Begitu jugalah. Jika kita sering memberikan kata-kata yang buruk kepada orang lain, bermaksud*
*Keburukan itu ada di dalam diri kita sendiri.*

Jika kita memberi gelaran orang lain sebagai ‘syaitan/iblis’, bermaksud kitalah Memiliki sifat syaitan dan iblis itu sendiri.

*Kaedahnya, seseorang HANYA DAPAT MEMBERI apa yang DIA MILIKI sahaja.*

Jika di dalam hati kita memiliki kemuliaan, semestinya kita akan memandang bahawa orang lain adalah mulia.”

[Al-Allamah Sayyidi Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizhahullah]

SelawatSebanyaknya
CintaiUlamaPewarisNabi

Sanad.

.
_*Kalam Saufi…*_

*KENAPA SANAD ITU PENTING?*

*Berkata Al-Imam Abdullah Ibnu Mubarak Rahimahullah;*
_*”Sanad itu sebahagian daripada Agama. Kalau tidak dengan sanad. Sewenang-wenangnya sahaja seseorang itu berucap dengan apa yang dia nak ucapkan.”*_

*Kita inginkan ilmu kita ada barokah. Ada kesinambungan bersambung dari Tok Guru kepada Tok Guru bersambung, bersambung, bersambung sampai kepada Baginda Sayyidina Rasulullah ﷺ.*

*Nak dapatkan sanad ini macam mana? Jalannya dari dulu sampai sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah dengan bertalaqqi duduk di hadapan Para Guru. Lutut bertemu lutut, mata bertentang mata. Dari mulut ke telinga, telinga ke mulut. Hadir di dalam majlis guru. Hadir jasad dan juga hati. Diberi ijazah secara khusus mahupun secara umum daripada Guru.*

*Orang yang beramal tanpa didasari dengan mendapatkan ijazah, sanad yang bersambung sampai kepada penulisnya langsung ataupun pengarangnya maka seumpama orang yang pergi belajar di luar negara.Misalnya belajar di Al-Azhar, Mesir tapi balik Malaysia tak bawa balik sijil. Orang tak akan iktiraf kita ini pelajar lulusan dari Al-Azhar sebab kita tak ada sijil sebab setiap sesuatu itu perlulah didasari dengan buktinya.*

*Jadi ilmu ini buktinya adalah dengan sanad. Siapa Gurunya? Siapa Tok Gurunya? Siapa Tok Guru kepada Tok Gurunya? Siapa Tok-Tok Guru kepada Tok-Tok Gurunya. Demikianlah bersambung terus sampai kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ.*

*#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]*

_*salam zuhur..*_

.